![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQDNCUaWjEXfheRezUnHf7bNilVJ2Ec7IXaqHoEtLaBHRjQwUjRpQ2gCzmB9TZ5rO3SIWWw20AG3sYUgqoJ1iNo5dUcBulykkiAyn650MI0kcs-rR3UqYPjSGgVL9FYVM5kN2dYTOmIjE/s320/hanan+4.jpg)
salam...
kali ni aku nk citer pulak kisah terbaru...hahaha...kisah keluarga aku yang sememangnya dah bertambah seorang lagi ahli...mungkin laki aku dan aku sendiri belum penah citer...maklumla...dah lama tak berupdate...kisahnya iaitu...aku sedah menambah seorang lagi anak...dan yang bestnya aku dah ada anak perempuan...dan kisahnya sekarang ialah...aku dah ada sepasang cahaya mata...
ok lah...sudah sedia maklum..dan pernah diceritakan sebelum ini...nama anak sulung aku ialah Muhammad Hazmi...yg telah lahir di dunia pada 11 April 2006. maka disini aku ingin maklumkan kepada semua...nama anak perempuan aku pula ialah Hanan bt Husnul Hadi. ringkas, senang dan padat. mudah disebut dan mungkin tidak akan menyusahkan gurunya nanti untuk menulis nama dalam register kelak...tak macam nama aku yang panjangnya bole sampai ke seberang jalan...dan sebetulnya aku insaf yang nama panjang ni memang menyusahkan cikgu sebab aku juga sekarang bergelar cikgu...aku dah tau bagaimana sumpah seranah menulis nama murid yang panjang sehingga tidak cukup baris dan ruang..hai...kenapalah peruntukan nama tu tak dibuat panjang2...senang keje aku nanti...ops..dah melalut pulak...
ok kita sambung semula....Hanan telah dilahirkan pada 15 November 2008..dan sekarang si comel aku ni dah pon berumur setahun...dah ada empat batang gigi dan mempunyai pipi macam kuih pau yang baru lepas kukus...