Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Wednesday, November 21, 2007

Oh, Oktober!

Lama sudah tinta ini tidak bermadah, tiada cerita dikarang, tiada kisah didiarikan. entah mengapa kami berdua sejak duduk berjauhan ini agak susah dan kekurangan masa untuk ini semua. hampir setahun keluargaku duduk berjauhan, seorang tinggal di Taiping, seorang di Ipoh manakala "nurul ain" kami tinggal di Alor Star. saban hujung minggu ataupun cuti panjang, pasti masa-masa yang terluang digunakan untuk menjenguk anak kesayangan kami, Muhammad Hazmi.

Tapi untuk tinta kali ini, bukan niatku untuk menceritakan kisah diariku selama setahun, hanya ingin berlipur duka tentang kebanyakan musibah yang kami hadapi masa bulan Oktober lalu.

Sememangnya bulan Oktober sepatutnya disambut dengan gumbira mengenangkan bulan Ramadhan dan Syawal yang tiba. namun di samping keseronokan menyambut bulan Allah dan Ummat ini, kami didatangi dengan berita sedih. abahku dimasukkan ke Hospital Penang selama 2 minggu. sepatutnya hanya dikenakan rawatan memasukkan cecair pencair kolestrol untuk masalah jantungnya, namun dia diberitahu harus menjalani pembedahan pintasan jantung atau nama famousnya, bypass. terpaksa la pahit menelan hakikat ini, abah tetap nak buat. jadi pembedahan ini berlangsung pada 22hb yang lalu, terpaksa dibuat 2 kali kerana masalah urat yang disambung. Urat di dua-dua belah kaki terpaksa diambil. jahitannya pun kurang kemas kerana dibedah dua kali. namun alhamdulillah setelah keesokannya sedar, seminggunya abah dibenarkan pulang pada 29.10. namun seminggu selepas itu, masuk balik disebabkan masalah melecet di punggungnya dan takut melarat disebabkan kencing manis. lagipun ada nanah di jahitan dadanya. ini lagi lama ditahan iaitu 10 hari.

Bila dapat keluar hari ahad lepas, 18.11, abahku nampak lega. namun semua ini belum berakhir lagi. banyak lagi fasa yang terpaksa dilalui sampai abah betul2 sembuh. abah dijadualkan lagi berjumpa dengan doktor minggu depan untuk pemeriksaan nanah didadanya.

sepanjang abah melalui semua ini, aku dapat melihat betapa cekalnya mak menjaga abah. kasih sayang selama 31 tahun ini memang nampak utuh, biarpun mak melawan sakit selsema & sakit akibat jatuh bilik air di surau Hospital. mak memang tabah. aku bangga ada ibu bapa seperti mereka. abah tidak menunjukkan rasa peritnya menjalani pembedahan dan terpaksa ditahan di hospital berhari-hari. tambah-tambah dengan lauk pauk yang kurang rasa, anak-anak yang jarang menjenguk. maafkan aku abah, mak kerana kurang masa dan ongkos ku titipkan untuk mereka semasa waktu ini.

waktu ini juga kita kenal siapa diri kita, saudara kita, kawan-kawan kita. memang nampak sangat siapa anak & menantu abah sebenarnya. mohon abah bersabar dengan karenah kami.
bulan oktober juga banyak mengosongkon kocekku. aku terbabit dalam musibah ketika balik ke KL. dan sampai bukit beruntung, keretaku terlanggar serpihan tayar (kemungkinan besar Pajero) menyebabkan patah tank pamnya. akibatnya, kami terpaksa ditarik PLUS malam itu, satu pengalaman baru bagiku. abis rm400+ untuk semua kerosakan ini. itupun nasib baik menggunakan barang recon dan mekaniknya birasku. aduh, mengapa tiada bonus tahun ini.
banyak kreditku 2-3 bulan ini. entah bila akan habis dibayar. insyallah... Allah akan permudahkan rezekiku bulan-bulan ke depan. amin

No comments: