Pages

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Sunday, November 25, 2007

Aku rindu

Ntah mengapa hati rasa teramat rindu.

Baru 2 hari aku tidak mendengar suara isteriku....aku sudah terasa gundah gulana....awat ayang....BTN rampas Handset ke?.....rindunya aku nak dengar suara dia....apatah lagi rindu ingin berjumpa, menentang mata, bermanja2


Rindu juga kepada anak aku....camna dia sekarang...ingat aku ke....ingat mama dia ke
babah rindu tau kat hazmi dan mama

Wednesday, November 21, 2007

Oh, Oktober!

Lama sudah tinta ini tidak bermadah, tiada cerita dikarang, tiada kisah didiarikan. entah mengapa kami berdua sejak duduk berjauhan ini agak susah dan kekurangan masa untuk ini semua. hampir setahun keluargaku duduk berjauhan, seorang tinggal di Taiping, seorang di Ipoh manakala "nurul ain" kami tinggal di Alor Star. saban hujung minggu ataupun cuti panjang, pasti masa-masa yang terluang digunakan untuk menjenguk anak kesayangan kami, Muhammad Hazmi.

Tapi untuk tinta kali ini, bukan niatku untuk menceritakan kisah diariku selama setahun, hanya ingin berlipur duka tentang kebanyakan musibah yang kami hadapi masa bulan Oktober lalu.

Sememangnya bulan Oktober sepatutnya disambut dengan gumbira mengenangkan bulan Ramadhan dan Syawal yang tiba. namun di samping keseronokan menyambut bulan Allah dan Ummat ini, kami didatangi dengan berita sedih. abahku dimasukkan ke Hospital Penang selama 2 minggu. sepatutnya hanya dikenakan rawatan memasukkan cecair pencair kolestrol untuk masalah jantungnya, namun dia diberitahu harus menjalani pembedahan pintasan jantung atau nama famousnya, bypass. terpaksa la pahit menelan hakikat ini, abah tetap nak buat. jadi pembedahan ini berlangsung pada 22hb yang lalu, terpaksa dibuat 2 kali kerana masalah urat yang disambung. Urat di dua-dua belah kaki terpaksa diambil. jahitannya pun kurang kemas kerana dibedah dua kali. namun alhamdulillah setelah keesokannya sedar, seminggunya abah dibenarkan pulang pada 29.10. namun seminggu selepas itu, masuk balik disebabkan masalah melecet di punggungnya dan takut melarat disebabkan kencing manis. lagipun ada nanah di jahitan dadanya. ini lagi lama ditahan iaitu 10 hari.

Bila dapat keluar hari ahad lepas, 18.11, abahku nampak lega. namun semua ini belum berakhir lagi. banyak lagi fasa yang terpaksa dilalui sampai abah betul2 sembuh. abah dijadualkan lagi berjumpa dengan doktor minggu depan untuk pemeriksaan nanah didadanya.

sepanjang abah melalui semua ini, aku dapat melihat betapa cekalnya mak menjaga abah. kasih sayang selama 31 tahun ini memang nampak utuh, biarpun mak melawan sakit selsema & sakit akibat jatuh bilik air di surau Hospital. mak memang tabah. aku bangga ada ibu bapa seperti mereka. abah tidak menunjukkan rasa peritnya menjalani pembedahan dan terpaksa ditahan di hospital berhari-hari. tambah-tambah dengan lauk pauk yang kurang rasa, anak-anak yang jarang menjenguk. maafkan aku abah, mak kerana kurang masa dan ongkos ku titipkan untuk mereka semasa waktu ini.

waktu ini juga kita kenal siapa diri kita, saudara kita, kawan-kawan kita. memang nampak sangat siapa anak & menantu abah sebenarnya. mohon abah bersabar dengan karenah kami.
bulan oktober juga banyak mengosongkon kocekku. aku terbabit dalam musibah ketika balik ke KL. dan sampai bukit beruntung, keretaku terlanggar serpihan tayar (kemungkinan besar Pajero) menyebabkan patah tank pamnya. akibatnya, kami terpaksa ditarik PLUS malam itu, satu pengalaman baru bagiku. abis rm400+ untuk semua kerosakan ini. itupun nasib baik menggunakan barang recon dan mekaniknya birasku. aduh, mengapa tiada bonus tahun ini.
banyak kreditku 2-3 bulan ini. entah bila akan habis dibayar. insyallah... Allah akan permudahkan rezekiku bulan-bulan ke depan. amin

Monday, January 8, 2007

hari ini permulaan utk esok...pertengahan utk lusa & pengakhiran entah bila...

Assalammualaikum dan salam sejahtera. rasa macam dah lama jer blog ni tak berupdate. ops! tapi sebel tu, aku nk bagi tau. ni wan yg menulis. bukannya nun yg sebelum ni mmg dah selalu menulis dalam blog ni.um

Hmmm...aku nk cite apa yer? oh ya...utk pengetahuan semua, aku akan sambung belajar tak lama lagi. Alhamdulillah, aku diterima utk menjadi pendidik. aku akan mengikuti KPLI dan akan mendaftar 15hb ni. aku akan menjadi penghuni institut perguruan ipoh. nasib la dekat jer dgn taiping. tapi yg menjadi keharuan di hati ini adalah hazmi. terpaksa la berpisah dgn buah hati aku yg sorang ni.

Walau apa pun yg terjadi, hidup mesti diteruskan. aku berjanji akan menjadi seorang guru yg berdedikasi, bijak, bertanggungjawab dan prihatin. macam berkempen pilihanraya lak. hehehe...

Sunday, November 26, 2006

Aidilfitri 1427H


hai, bertemu kembali. hari-hari aku perkenalkan keluargaku, hari ini pun tidak lari juga.kali ini dengan keluargaku yang boleh dikatakan lengkap buat masa ini. jadi tanpa membuang masa, aku perkenalkanlah bermula dari duduk di sebelah kiri sekali iaitu mak aku iaitu Puan Adilah binti Abdul Hamid Karim yang lahir pada 28 Jan 1953 yang lalu. kira-kiranya mak aku sekarang berumur 53 tahun la sekarang ini.atasnya tanpa perlu diperkenalkan lagi iaitu anakku yang seorang itu, Muhammad Hazmi bin Husnul Hadi. Ye lah, lagu Maulud Nabi, ingat tak liriknya...

Di sebelah mak aku tu, itulah mak tok aku, Puan Zauyah binti Salleh. aku membesar bersama-sama mak tokku inilah disebabkan abahku terpaksa meninggalkan aku & abangku dengannya kerana menyambung pengajian di UKM sekitar lewat 80-an dahulu. aku sayang banget sama mak tokku walaupun dia garang dulu-dulu. Hat sebelah mak tok aku lak ialah penawar duka abang & kakak iparku iaitu anak lelaki sulung & tunggal setakat ini iaitu Muhammad Haziq Mukhri bin Haris Fadilah. anak menangkan aku ni seorang yang berat mulutnya seperti ada seketul emas dalam mulutnya. namun demikian, aduh, nakalnya bukan main. aku ni kalau dibuat main, mesti suka naik diatasku sambil kekadang memicit & memulas putingku & perutku.pernah tak ada orang buat kat anda semua? pepaham je la pedihnya....hehehe

Dan yang duduk di hujung kanan sekali itu pasti abahku tercinta Ustaz Halim bin Hj Harun. sudah bersara hampir 3 tahun lebih dengan umurnya 59 tahun (lahir 30 Jun 1947). Ayahku sejak balik dr Mekah mmg taknah tertanggal serbannya dan ini yang kita hendak dari orang yang baru menunaikan haji. tidak malu mengamalkan sunnah dan berpegang teguh atas ajarannya. aku lain, dulu je masa kat KISAS mmg tak lengkang masa pi solat, lelama hilang terus. terasa mmg aku taknah berpegang kpd motto KISAS "Fastaqim kama Umirta".

Ok, aku coretkan lagi perkenalan keluargaku ini. berdiri kiri sekali iaitu kakak ipar sulung ku iaitu kak chaq , Puan Zahirah binti Zahir.rupa-rupanya abangku berkahwin dengan kakak kawanku sendiri iaitu Din Rabun.ai, jadi biras rupanya kita. dan berdiri di sebelahnya pastinya abang aku, Haris Fadilah bin Halim. tidak perlu diperkenalkan lagi setelah aku perkenalkan sebelum ini.tiada banyak yang berubah di kalangan adik beradik kami kecuali tubuh je makin membesar. asyik minum MILO je barangkali.hehehe. Jadi tentunya kalian dapat meneka siapa di sebelahnya iaitu adek bongsuku Muhammad Hazwan Hamdi bin Halim a.k.a. Adik Wan dan sebelahnya Alang, Muhammad Hafni bin Halim.

Jadi tinggal yang berdua tu pasti sudah ketahuan siapa iaitu tidak lain kami berdua iaitu isteriku tercinta Wan Haziatul Izlawati binti Wan Zahari dan aku Husnul Hadi bin Halim. waduh, panjang sungguh perkenalan aku kali ini. harap tidak bosan membacanya sebab banyak lagi akan ku perkenalkan kepada semua orang. Ilaliqa'. tatatutititu

Saturday, November 25, 2006

FaMiLY WaN

ni la keluarga wan...yg terkini...tapi akan dtg lg terkini...tp kena tunggu bln 12 nanti la....apapon aku nak citer gak pasai keluarga mertua ku ini....mula dr duk depan la....kiri skali....yg lelaki berbaju minyak tu....mekanik keluarga....Adi....birasku....mmg kerja mekanik kat Kg Melayu Subang....sblh dia wife dia merangkap adik ipar aku no2....Ana dengan anak mereka dipangkuannya Haziq a.k.a boy....Ana ni ada angin sket...jd aku pun tak berani sgt la dgn dia....dtg ribut nanti...tak pasai2 aku pun ribut...hehehe...tp dlm angin tu pun....tgh mengandung tu....cuma masa ni tak nampak la....jd dah confirmla nampak bahawa tinggal la keluarga ni semuanya perempuan sb lelaki dlm gambar tu tinggal pak mertua aku,anak aku & aku....ok...sambung balik perkenalan....yg duk bersilang kaki berbaju putih tu...adek Wan no3....Nani nama panggilan....la tak berkerja...baru je berenti KFC b4 posa aritu....lama gak la aku kenai dia dgn imej KFC...dr abis blajar kolej 6 bln lps SPM sampai 2006....dr 2002 tak salah aku la.....mmg pakar pemakanan KFC la...aku slalu gak la pau dia masa KFC closing...ayam lebih...hehehe....hat duk perati atas sblh Nani tu adik Wan yg paling bongsu...baby....mmg tak sangka yg ni....aku ingat berenti kat duduk yg sebelah dia tu...yg sengih kerang tu....Alia....ikut nama arwah adek aku...hazwani alia.....berbalik kat baby td, mak mertua aku mengandung lak masa nak dpt cucu pertama...jd sama baya la dgn anak sedara dia tu....Haziq yg aku intro td....depa ni manja sgt...kkdg nak je aku lempang sb slalu wat perangai masa jalan2....tapi nak wat camna...dah anak mertua aku...duk diam je aku ni...hehehe....jgn marah yer keluarga WAN....tepi Alia tu adalah adek ke5...Farah...ni yg depa sangka last skali...sb gap terlalu jauh dgn Alia....hampir 11 tahun la...ai...nak wat camna...dah pak & mak mertua aku nakkan anak lelaki...tetapi takdir di tgn tuhan kan....kena la semua 7 org anak perempuan....hehehe...berlawan sgt la dgn aku yg semua hero2...ok...sambung hat duduk kat blakang lak dr kiri....tu adek Wan no4....Ira....dia ni mcm no2 gak....aku jarang sembang dgn dia ni...dah setahun kawen pun rasa mcm jauh lagi.....mudian...jeng jeng jeng....mak mertua aku....Timah...dlm IC la....tp org duk panggil Fauziah....biasa la kan....org dulu2 bagi nama....dan sblhnya pak mertua aku....Wan Zahari....mmg pendiam orgnya...sampai aku pun terkelu sama la duk dgn dia....dan tak perlu diperkenalkan lagi....wife aku WAN....melambung anak aku HAZMI...dgn aku yg macho sorang2 duduk tinggi tu....hehehe....jgn marah

Friday, November 24, 2006

Wife said...

wan haziatul said...

bila tak kenal...kita tercari2...
bila dah jumpa...kita memerhati...
bila dah dekat...kita merapati...
bila dah serasi...hati merestui...

Keluargaku kini


ok...time aku nak citer ttg keluargaku kini.... yg mmg terkini.... masa depan tatau lagi la.... masa, jodoh & takdir bkn di tangan kita.... kalau semua nampak tu.... gambar ni ada 3 org.... yg confirm wife aku tu.... WAN HAZIATUL IZLAWATI BINTI WAN ZAHARI.... tgh memegang anakku MUHAMMAD HAZMI BIN HUSNUL HADI.... gambar ini diambil masa HAZMI berumur 4 bulan....masa tu kenduri sepupuku....kat dewan tertutup taman tasik titiwangsa ni....laaa kalau ikut masa berjalan....anakku dah masuk umur 7 bulan 13 hari....lahir 11 april 2006....yang sronoknya...dia lahir masa maulud nabi....hampir2 nak ikut masa & tarikh nabi kalau hangpa semua nak tau....kan penah dgr nasyid camni

pagi isnin subuh yang indah
12 rabiul awal yang cerah
20 april tahun gajah
lahirlah zuriat yang shahadah.

aku nyanyi gumbira pagi tu...

pagi selasa subuh yang indah
12 rabiul awal yang cerah
11 april tahun anjing
lahirlah zuriat yang shahadah

slack kat tahun anjing tu je....lantak la...aku bkn percaya pun...yg aku tau...aku bersyukur dikurniakan anak sorang ni....putra sulung kami....diberi nama MUHAMMAD (diambil sempena nama nabi) HAZMI (ketegasanku).....dan hari ini juga bermaksud hampir setahun 5 bulan aku mengahwini istriku....actually perkenalan kami dah sampai 7 tahun kalau betul2 diambilkira tahun aku mula mengenalinya....tapi waktu tu masing2 buat dono je....dah masuk 2nd year UUM barulah aku mengorak langkah, memberanikan diri mendekati dirinya...alhamdulilah....berjaya....berkat doaku....kami dah pun mendirikan rumahtangga....nanti aku ceritakan lagi kisah percintaan kami yang mmg kalau diingat2....tak macam org bercinta.....anyway...selamat membaca.....byk lagi kisah yg nak aku titipkan buat kenangan kalian semua.....tatatutititu....